Pengenalan

>> Monday, June 29, 2009


Bermula dengan Pengukuhan Strategi 21 pada tahun 2001 sebagai pembuka tirai pentadbiran beliau, kini hampir satu dekad Tan Sri Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah telah meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu di dalam memertabatkan kegemilangan UiTM. Berobjektif memacu kejayaan dan kecemerlangan dalam melestarikan pendidikan tertiari yang berkualiti dan dinamis, beliau telah memperkenalkan pelbagai konsep yang telah mempamerkan kejayaan cemerlang. Falsafah Mim sebagai contoh, diterbitkan pada tahun 2007 merupakan satu titik tolak kepada perubahan bangsa Melayu untuk ke hadapan bersaing dengan bangsa yang lain. Buku ini merupakan hasil dari penyelidikan, pengamatan dan pengalaman beliau sebagai pelajar sehinggalah sebagai pemimpin nombor satu UiTM untuk memperjelaskan perlunya masyarakat Melayu berubah dengan mengambil kira penghayatan 50 huruf Mim sebagai simbolik perubahan.

Sebagai warga UiTM samaada kakitangan atau pelajar, aspirasi yang telah didokong oleh beliau ini amat bermakna dan sebagai terjemahan penghargaan dan sokongan kepada pemimpin yang tersohor ini maka program jelajah satu dekad pentadbiran beliau diadakan.


Read more...

About This Blog

Pengunjung

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP