Bike baru....
>> Wednesday, July 22, 2009
assalamualaikum dan salam sejahtera
22/07/09 adalah kunjungan yang ketiga dari riders ke sponsor utama ketika ini(kedai awie di muar).sedikit kelengkapan diperlukan oleh sifu khalid sementara menghantar rim si jejaka hamzah untuk diperbaiki
yang menarik mr.zafifi dalam diam telah menyemarakan lagi semangat rider lain dengan membeli 'frame' baru.so lepas ni boleh kayuh selalu dengan riders yang lain....go uitm rider johor
Rider..
>> Tuesday, July 21, 2009
assalamualaikum dan salam sejahtera..
rider sekarang ni dah ada 6 orang semuanya..dari 6 ni seorang pelajar dari semester 5 berada dalam group ni dan beliau mengikuti program diploma pengurusan perniagaan.beliau merupakan anak kepada seorang bikers lagenda malaysia pada lewat tahun 70an dan sekarang merupakan coach untuk rider di muar.
semasa proses pencarian student untuk joint projek ni agak susah skit sebab tak ramai yang ada bike di kampus. masa pendaftaran pelajar rider ni dijumpai.pakai trexx lagi.katanya 'ayah suruh start training MTB sebab banyak race'..so ajk ambil keputusan untuk masukkan namanya sebagai rider untuk projek ni.alhamdulilah gaya dan semangatnya saling tak tumpah seperti bapanya...go uitm johor rider
sebulan...
>> Monday, July 20, 2009
assalamualaikum dan salam sejahtera semua
alhamdulilah minggu ni dah cukup sebulan persediaan dilakukan...so masing-masing nampaknya tidak putus semangat walaupun masalah tetap timbul...
semalam (19/7/09) coach zuraidi, asst.coach naza dan azim telah mengalirkan peluh mereka untuk sejauh 75 KM mengelilingi jajahan kecil daerah segamat.bermula dari jementah dan melalui persekitaran merimbun ke bukit kepong seterusnya ke pogoh dan kembali ke jementah.alhamdulilah mereka berjaya..TAHNIAH diucapkan
liputan untuk hari ni dengan kembalinya sifu khalid maka semuanya bertambah semangat kerana aura 'naruto Jr' telah menjelajahi seluruh tubuh rider....go uitm johor rider...
hari-hari yang sunyi..
>> Friday, July 17, 2009
assalamualaikum semua
minggu ini agak sepi sedikit disebabkan hanya dua hari je training.itupun tak berapa cukup rider.
bike hamzah masih lagi tak siap..rabu nak training tapi tayar tak ready so terpaksa tangguhkan niat hari tersebut dan azim ada urusan di luar kampus..coach zuraidi cuti dan asst.coach naza ada urusan diluar pada petangnya... khamis pun tak training..jumaat....
bilangan hari dah makin kurang untuk 'baby projek'...rider perlu bersedia dengan lebih mantap lagi...jauh nak kayuh....
semoga rider terus bersemangat dan tingkatkan usaha...go uitm johor rider