Jelajah UiTM : Peringkat Kedua

>> Monday, October 5, 2009

Machang, 4 Oktober 2009- Pasukan jelajah UiTM meneruskan perjalanan dari UiTM Terengganu ke UiTM Kelantan untuk kayuhan peringkat kedua. Majlis pelepasan yang bermula jam 8 pagi dihadiri oleh Pengarah UiTM Terengganu, Yang Mulia Tengku Yusuf, kakitangan dan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Terengganu.

Majlis dimulai dengan ucapan Pengarah UiTM Terengganu dan ucapan Pengarah Program Jeljah UiTM. Seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati oleh kedua belah pihak.
Kayuhan peringkat kedua ini bermula jam 9 pagi dan pasukan jelajah berhenti jam 12 tengah hari di Jerangau dengan jarak kayuhan sejauh 70 kilometer. Selepas makan tengah hari dan solat, peserta jelajah meneruskan perjalanan dengan berkenderaan sehingga 30 kilometer sebelum tiba di UiTM Kelantan dan kayuhan diteruskan semula.

" Kami berjaya menyudahkan kayuhan sejauh 100km untuk peringkat kedua ini dan berasa amat terharu atas sambutan meriah yang diberikan oleh UiTM Terengganu dan UiTM Kelantan" Kata Muhd Khalid sejurus tiba jam 4.30 di UiTM Machang. Peserta jelajah disambut oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri.

Read more...

Jelajah UiTM : Peringkat Pertama

70 Kilometer yang pertama
UiTM Segamat,2 Oktober 2009 : Peserta kayuhan Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib canselor berjaya menamatkan sejauh 70km bermula dari UiTM Segamat, Johor dan berakhir di UiTM Jengka, Pahang.
Jelajah Sedekad Pentadbiran Naib Canselor UiTM merupakan siri jelajah berbasikal yang akan mengunjungi setiap kampus UiTM disemenanjung bagi mengumpulkan kata-kata penghargaan dari warga kampus sebagai tanda sokongan terhadap kepimpinan pentadbiran Tan Sri Dato' Seri Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM yang telah berjasa kepada masyarakat keseluruhan. Kayuhan 'Jelajah Malaysia" ini ditetapkan 6 peringkat bermula di UiTM Segamat ke UiTM Jengka, UiTM Dungun ke UiTM Machang, UiTM Perlis ke UiTM Merbok, UiTM Pulau Pinang ke UiTM Perak, UiTM Shah Alam ke UiTM Negeri Sembilan dan UiTM Melaka ke UiTM Segamat. Jumlah kayuhan hampir 2000 km yang disertai oleh kakitangan dan pelajar UiTM Segamat ini merupakan simbolik kepada kepayahan dan keperitan seorang pemimpin yang tersohor di dalam meningkatkan taraf pendidikan masyarakat bumiputera.

" Peringkat pertama kami berjaya menamatkan kayuhan sejauh 70km berbanding dengan jarak sebenar 210km yang telah disasarkan berikutan kekangan masa dan masalah teknikal" kata Mohd Zul-Azmi Ishak selaku ketua program ini.

Peserta kayuhan telah tiba di UiTM Jengka tepat jam 4.30 petang dan disambut oleh Pengarah UiTM Pahang dan diberikan tabik hormat oleh komander kesatria.Sambutan luar jangka ini dihadiri oleh lebih kurang 200 orang pelajar dan staf UiTM Pahang. Majlis dimulakan dengan ucapan Pengarah UiTM Pahang, Professor Madya Dr.Hilmi bin Ab. Rahman, sekaligus penyerahan kata-kata penghargaan kepada Naib Canselor serta penyampaian cenderahati.

Read more...

About This Blog

Pengunjung

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP