hari-hari yang sunyi..

>> Friday, July 17, 2009

assalamualaikum semua
minggu ini agak sepi sedikit disebabkan hanya dua hari je training.itupun tak berapa cukup rider.
bike hamzah masih lagi tak siap..rabu nak training tapi tayar tak ready so terpaksa tangguhkan niat hari tersebut dan azim ada urusan di luar kampus..coach zuraidi cuti dan asst.coach naza ada urusan diluar pada petangnya... khamis pun tak training..jumaat....
bilangan hari dah makin kurang untuk 'baby projek'...rider perlu bersedia dengan lebih mantap lagi...jauh nak kayuh....
semoga rider terus bersemangat dan tingkatkan usaha...go uitm johor rider

Read more...

latihan..

>> Monday, July 13, 2009

biru putih...

bersemangat...

assalamualaikum semua

hari ini dah masuk minggu yang ketiga team jelajah training..semoga kuatkan usaha rerakan sekalian..

minggu lepas ke muar lagi untuk berjumpa dengan sponsor (mr.awi) dr Sen Hin Bike shop.alhamdulilah dapat skit barang-barang untuk training. semoga dimurahkan rezeki team ni untuk dapat sponsor lagi..thank u mr. awi & wife.

last week juga zul dan naza berjumpa dengan big bos (prof.kamil) untuk berbincang beberapa perkara mengenai projek ini. seperti biasa kata-kata semangat diungkapkan agar segala aktiviti dalam program ini dapat dilaksanakan dengan lancarnya. yang paling penting hasil penulisan untuk dihadiahkan kepada Tan Sri nanti adalah yang paling indah dan bermakna dari UiTM Johor.

semoga apa yang dirancangkan akan terlaksana dengan jayanya...go UiTM Johor...




Read more...

Pengenalan

>> Monday, June 29, 2009


Bermula dengan Pengukuhan Strategi 21 pada tahun 2001 sebagai pembuka tirai pentadbiran beliau, kini hampir satu dekad Tan Sri Dato’ Seri Ibrahim Abu Shah telah meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu di dalam memertabatkan kegemilangan UiTM. Berobjektif memacu kejayaan dan kecemerlangan dalam melestarikan pendidikan tertiari yang berkualiti dan dinamis, beliau telah memperkenalkan pelbagai konsep yang telah mempamerkan kejayaan cemerlang. Falsafah Mim sebagai contoh, diterbitkan pada tahun 2007 merupakan satu titik tolak kepada perubahan bangsa Melayu untuk ke hadapan bersaing dengan bangsa yang lain. Buku ini merupakan hasil dari penyelidikan, pengamatan dan pengalaman beliau sebagai pelajar sehinggalah sebagai pemimpin nombor satu UiTM untuk memperjelaskan perlunya masyarakat Melayu berubah dengan mengambil kira penghayatan 50 huruf Mim sebagai simbolik perubahan.

Sebagai warga UiTM samaada kakitangan atau pelajar, aspirasi yang telah didokong oleh beliau ini amat bermakna dan sebagai terjemahan penghargaan dan sokongan kepada pemimpin yang tersohor ini maka program jelajah satu dekad pentadbiran beliau diadakan.


Read more...

About This Blog

Pengunjung

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP